NOTIS PERLINDUNGAN PERIBADI DAN POLISI PERIBADI

Konexo Malaysia Sdn Bhd (“Kami”) adalah komited terhadap perlindungan privasi dan data peribadi anda.

Berikut adalah Notis Perlindungan Data Peribadi dan Polisi Privasi kami (“Polisi”). Kami mengalakkan anda membaca Polisi dengan berhati-hati kerana Polisi ini mengemukakan bagaimana kami mengumpul, memproses dan mengguna data peribadi yang kami memperolehi melalui interaksi anda dengan kami atau melalui laman web ini. Anda juga boleh merujuk kepada Polisi dalam Bahasa Inggeris di sini.

Polisi kami adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”). Untuk tujuan PDPA, Konexo Malaysia adalah pengguna data (ie. syarikat yang bertanggunjawab untuk mengawal pemprosesan data peribadi yang diberikan oleh anda).

Dengan melayari laman web atau berinteraksi dengan kami atau dengan memberikan data peribadi kepada kami, anda dianggap sebagai telah membaca dan membenarkan kepada amalan data yang diperihalkan dalam Polisi ini.

  • 1. PENGUMPULAN DATA PERIBADI
    • 1.1 Kami mengumpul dan mengguna data peribadi yang diberikan kepada kami termasuk (tetapi tidak terhad kepada) seperti nama, alamat, telefon nombor, nombor pengenalan / pasport, tarikh lahir, maklumat bank, gambar, alamat e-mel, maklumat keluarga dan / atau tanggungan dan apa-apa maklumat lain yang boleh mengenal pasti anda atau keluarga anda dan / atau tanggungan lain dan juga data peribadi sensitif seperti yang ditakrifkan di bawah PDPA, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada, maklumat berkaitan dengan kesihatan fizikal atau mental subjek data dan kepercayaan agama atau kepercayaan yang sama (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Data Peribadi”).
    • 1.2 Sebagai tambahan kepada Data Peribadi yang diberikan oleh anda kepada kami secara langsung (sama ada semasa melibatkan kami dalam memberi perkhidmatan kami atau semasa komunikasi dengan kami), kami mungkin juga akan mengumpul Data Peribadi anda dari pelbagai sumber lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada, daripada alat pencarian secara laman, maklumat yang didapati daripada pihak ketiga melalui sumber secara undang-undang atau melalui acara yang dianjurkan atau disertai oleh kami atau daripada kuki (cookies) yang digguna dalam laman web. 
    • 1.3 Berkenaan dengan Data Peribadi yang diberikan oleh anda mengenai pihak ketiga seperti ahli-ahli keluarga dan / atau tanggungan-tanggungan lain, anda waran bahawa anda telah mendapatkan kebenaran mereka untuk mebenarkan kami untuk memproses (termasuk pendedahan dan pemindahan) data peribadi mereka dan anda akan memberikan sesalinan Polisi ini kepada mereka. Mengenai kanak-kanak yang di bawah umur (i.e. individu-individu yang di bawah umur 18 tahun) atau individu-individu yang tidak cekap dari segi undang-undang untuk memberikan kebenaran, anda mengesahkan bahawa mereka telah melantikkan anda untuk bertindak untuk mereka dan memberi kebenaran bagi pihak mereka untuk memproseskan (termasuk pendedahan dan pemindahan) Data Peribadi mereka selaras dengan Polisi ini.
  • 2. TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI
    • 2.1 Dengan melibatkan kami, anda bersetuju dan memberi kebenaran kepada kami untuk mengguna dan memproses Data Peribadi anda yang anda telah memberi kepada kami, dalam cara dan untuk tujuan (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan-Tujuan”) seperti yang dijelaskan di bawah:
    • (a) untuk tujuan perkhidmatan kami kepada anda;
    • (b) untuk menyediakan apa-apa dokumen atau instrumen yang mungkin diperlukan untuk tujuan perkhidmatan kami kepada anda;
    • (c) untuk kami berkomunikasi dengan anda;
    • (d) untuk tujuan pentadbiran dalaman kami dan / atau simpanan rekod dalaman kami;
    • (e) untuk menganjur acara-acara dan program-program kepada anda;
    • (f) untuk menghantar material seperti surat berita, artikel dan kemaskini lain;
    • (g) untuk menghantar material-material pemasaran dan promosi kepada anda;
    • (h) untuk memberi maklumat-maklumat yang perlu kepada mana-mana pengawal selia atau pihak berkuasa kerajaan yang diperlukan oleh undang-undang, peraturan atau keperluan pihak berkuasa kerajaan;
    • (i) untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak kami dan hak anda di bawah, dan untuk mematuhi kewajipan-kewajipan kami di bawah undang-undang, perundangan dan peraturan-peraturan;
    • (j) untuk membolehkan kami untuk menghantarkan maklumat yang mungkin meminatkan anda melalui e-mel, kaedah-kaedah telekomunikasi (telefon atau mesej teks) atau media sosial; dan
    • (k) untuk apa-apa tujuan yang bersampingan dengan, sampingan kepada atau lanjutan kepada tujuan-tujuan yang disebutkan di atas.
    • 2.2 Jika anda tidak setuju atau tidak memberi kebenaran kepada kami untuk mengguna Data Peribadi anda untuk Tujuan-Tujuan yang dinyatakan di perenggan 2.1 di atas, sila memaklumkan kepada kami melalui maklumat hubungan yang dinyatakan di perenggan 9 di bawah.
    • 2.3 Ia adalah secara sukarela untuk anda membekalkan Data Peribadi anda kepada kami. Namun begitu, jika anda tidak mahu memberi Data Peribadi anda, kami mungkin tidak dapat menjalankan Tujuan-Tujuan.
  • 3. PENDEDAHAN DATA PERIBADI
    • 3.1 Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami atau diperolehi oleh kami akan disimpan dengan rahsia. Namun begitu, ia mungkin ada perlu oleh kami untuk menghubungi pihak-pihak syarikat ketiga, penyedia-penyedia perkhidmatan atau individu-individu untuk melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu bagi pihak kami. Dalam keadaan seperti ini, anda membenar dan bersetuju bahawa kami mungkin akan mendedah Data Peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga, seperti yang berikut:
    • (a) mana-mana orang kepada siapa kita terpaksa atau dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai balasan kepada pegawal selia yang kompeten atau agensi kerajaan;
    • (b) agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak undang-undang dan pengawal-pengawal industri;
    • (c) Entiti-Entiti Konexo yang lain, syarikat induk kami Eversheds Sutherland (International) LLP dan ahli-ahli rangkaian firma-firma Eversheds Sutherland (sila lihat di sini untuk maklumat selanjutnya berkenaan Entiti-Entiti Konexo);
    • (d) penasihat-penasihat luar dan penasihat-penasihat profesional yang lain seperti peguam, juruaudit, perunding-perunding cukai, akauntan-akauntan, penanggung-penanggung insurans dan penasihat-penasihat kewangan dan profesional lain;
    • (e) bank-bank dan institusi-institusi kewangan; dan
    • (f) mana-mana pihak lain yan kami menganggap perlu untuk Tujuan-Tujuan, seperti yang dinyatakan di perenggan 2.1 di atas.
  • 4. PEMINDAHAN DATA PERIBADI
    • 4.1 Kami beroperasi di seluruh dunia dan di mana kami menganggapnya perlu dan sesuai, kami mungkin akan memindahkan Data Peribadi anda ke Entiti-Entiti Konexo yang lain, syarikat induk kami Eversheds Sutherland (International) LLP, ahli-ahli rangkaian firma-firma Eversheds Sutherland atau kepada penyedia-penyedia perkhidmatan atau produk pihak ketiga di dalam atau di luar Malaysia untuk pelaksanaan Tujuan, dalam keadaan kerahsiaan dan tahap keselamatan yang serupa. Kami juga dalam keadaan terhad akan berkongsi Data Peribadi anda dengan pihak-pihak berkuasa pemerintah atau pihak-pihak lain yang diperlukan untuk melindungi kepentingan perniagaan kami atau lain-lain, sebagaimana diperlukan atau sebagaimana yang disyaratkan oleh undang-undang atau perintah pengadilan.
    • 4.2 Konexo adalah nama dan jenama di bawah mana Entiti-Entiti Konexo memberi perkhidmatan-perkhidmatan kepada anakguam di seluruh dunia. Untuk maklumat selanjut berkenaan Entiti-Entiti Konexo dan hubungan mereka dengan Eversheds Sutherland, suatu penyedia global untuk perkhidmatan undang-undang, sila klik di sini.
  • 5. KESELAMATAN DATA PERIBADI
    • 5.1 Kami berkomitmen untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk mengelakkan akses yang tidak sah, pendedahan atau risiko-risiko lain yang serupa, kami berusaha, di mana mungkin, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi yang sesuai menurut undang-undang dan peraturan yang berlaku untuk mencegah pemprosesan Data Peribadi anda yang tidak sah atau secara melanggari undang-undang, dan pemusnahan atau kehilangan, atau kerosakan, atau pendedahan atau akses yang tidak dibenarkan kepada Data Peribadi anda.
  • 6. PENGEKALAN DATA PERIBADI
    • 6.1 Sebarang Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah disimpan selagi tujuan yang mana Data Peribadi dikumpulkan berterusan.
    • 6.2 Data Peribadi anda akan dimusnahkan dari rekod dan sistem kami sekiranya Data Peribadi anda tidak lagi diperlukan untuk Tujuan tersebut kecuali penyimpanan lebih lanjut diperlukan untuk memenuhi tempoh masa penyimpanan yang lebih panjang untuk memenuhi keperluan operasi, undang-undang, pengawalseliaan, cukai atau perakaunan.

     

  • 7. HAK ANDA UNTUK MEMINTA AKSES DAN PERTANYAAN
    • 7.1 Anda berhak untuk meminta akses kepada, atau meminta pertukaran atau pembetulan Data Peribadi anda. Sekiranya anda mendapat tahu apa-apa Data Peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan, harap memaklumkan kepada kami melalui butir-butir yang diperuntukkan dalam perenggan 10 di bawah.
    • 7.2 Mengenai hak anda untuk akses dan / atau memperbetulkan Data Peribadi, sila dimaklumkan bahawa kami mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk akses dan / atau membuat pembetulan kepada Data Peribadi atas alasan-alasan yang dibenarkan oleh undang-undang.
    • 7.3 Anda mempunyai hak pada apa-apa masa untuk meminta kami untuk membatasi atau membantah kepada pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda (seperti, meminta kami berhenti mengirimkan bahan-bahan pemasaran dan promosi kepada anda atau menghubungi anda untuk tujuan-tujuan pemasaran).
    • 7.4 Sebagai tambahan kepada perkara di atas, anda juga berhak melalui notis secara bertulis, untuk memaklum kepada kami tentang menarik balik (sepenuhnya atau sebahagian) persetujuan anda yang diberi sebelumnya kepada kami.
    • 7.5 Sekiranya anda ingin membuat apa-apa perkara di atas, sila menghubung kami melalui butir-butir perhubungan yang diperuntukkan di perenggan 10 di bawah.
  • 8. KETEPATAN DATA PERIBADI ANDA
    • 8.1 Kami berhasrat untuk memastikan semua Data Peribadi setepat, lengkap, tidak mengelirukan, terkini dan seboleh mungkin dipercayai. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi anda bergantung kepada sebahagian besarnya pada maklumat yang anda berikan. Oleh itu, ia adalah syarat kami menyediakan perkhidmatan kami kepada anda bahawa anda;
    • (a) menjamin dan menyatakan bahawa semua Data Peribadi anda yang dikemukan atau yang akan dikemukakan kepada kami adalah tepat, tidak mengelirukan, terkini, dan lengkap dalam semua aspek bagi tujuan untuk memperolehi perkhidmatan-perkhidmatan kami dan anda tidak menyembunyikan sebarang Data Peribadi yang mungkin adalah material dalam apa jua aspek;
    • (b) dengan segeranya memaklumkan kepada kami apabila Data Peribadi tersebut yang sebelumnya diberikan kepada kami menjadi tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, bukan terkini atau apa-apa perubahan pun dengan menghubungi kami melalui butir-butir perhubungan yang dinyatakan dalam perenggan 10 di bawah.
  • 9. EMEL DAN LAMAN WEB
    • 9.1 Segala Data Peribadi yang terdapat dalam e-mel dan mesej-mesej ‘Hubungi Kami’ yang dihantar melalui laman web kami kepada kami akan digunakan dan diproses dengan cara yang dinyatakan dalam Polisi ini. Kandungan mesej-mesej akan dipantau dengan ketat oleh kami.
    • 9.2 Sekiranya anda tidak mahu Data Peribadi anda dikumpulkan melalui kuki di laman web, sila konfigurasikan imbas internet anda untuk memadam atau menyahaktifkan
    • 9.3 Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman web dan halaman-halaman yang lain. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang Data Peribadi atau maklumat yang anda mungkin memberikan kepada entiti lain melalui pautan-pautan.
  • 10. MAKLUMAT HUBUNGAN
    • 10.1 Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Polisi ini, atau mempunyai pertanyaan-pertanyaan lebih lanjut, atau ingin melaksanakaan mana-mana hak anda yang dijelaskan di Perenggan 7 di atas seperti membuat aduan atau akses data atau permintaan pembetulan berkenaan dengan Data Peribadi anda, anda boleh menghubungi kami di butiran-butiran perhubungan di bawah:

    Pengawai Data

    Alamat E-mel:enquiries@konexoglobal.my (ditandakan untuk perhatian Pegawai Data)

    Alamat: Pegawai Data, Konexo Malaysia, Level 35-02 (East Wing), Q Sentral, 2A, Jalan Stesen Sentral 2, KL Sentral, 50470 Kuala Lumpur.

    • 10.2 Dalam keadaan berlakunya apa-apa pertukaran mengenai Data Peribadi anda, anda wajib dengan segera menghubungi dan memaklumkan kepada kami melalui butir-butir perhubungan yang dinyatakan di perenggan 10.1 di atas.
  • 11. KONFLIK
    • 11.1 Dalam keadaan berlakunya sebarang konflik antara Polisi Data Peribadi ini dalam Bahasa Inggeris dengan Polisi Data Peribadi ini dalam Bahasa Malaysia yang sepadan dengannya, terma-terma Polisi Data Peribadi dalam Bahasa Inggeris akan diutamakan.
  • 12. AM
    • 12.1 Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini dan / atau meminda Polisi ini dari semasa ke semasa dengan memberi notis terdahulu yang munasabah kepada anda. Kami akan memaklumkan anda tentang apa-apa pindaan melalui pengumuman-pengumunan di laman web atau cara-cara lain yang sesuai. 

    Bertarikh: 17 Ogos 2020

     

    Contact Konexo for alternative legal and compliance services

    Looking for alternative legal and compliance services? Contact global tech-led provider Konexo today. Contact Us